Terima kasih kerana lawati blog krm kami ini.Tiada artikel, gambar atau apa-apa sahaja di dalam blog ini dibenarkan untuk disalin, diterbitkan semula, diedar atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk pun sama ada melalui kaedah percetakan, melalui penggunaan kamera & perakam video, atau melalui apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan daripada penulis blog terlebih dahulu.Untuk paparan terbaik gunakan Mozilla Firefox.

TERBARU !!!



Tahniah dan Syabas kami ucapkan kepada yang mewakili Pasukan Kelab Rakan Muda Serdang yang menjuarai tempat pertama dalam Pertandingan Futsal Anjuran Kelab Rakan Muda Subang Bertempat di Frenzy Futsal Sungai Buloh,Kelmarin.Sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pemain-pemain yang sanggup pergi walaupun jauh.

Read more...

BELAJAR MELUKIS DAN MEWARNA SEMPENA CUTI SEKOLAH



Pada 12 Disember 2009 ini,Balai Seni Lukis Negara ada menganjurkan Program cuti sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah dalam memenuhi jadual mereka dengan memmpelajari ilmu yang bermanfaat.

Read more...

PERTANDINGAN FUTSAL



ANJURAN : KELAB RAKAN MUDA SUBANG
TARIKH : 12 Disember 2009
BERTEMPAT : FRENZY FUTSAL,SUNGAI BULOH

Read more...

RADIO AMATUR

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah
televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.

Read more...

REKAAN BANNER MENGIKUT BULAN

Sekarang ( November - Disember)

(Oktober)
(september)

(Julai-Ogos)

(April-Jun)

Direka oleh unit Rakan Muda Inovasi Kelab Rakan Muda Serdang*

Read more...

PROGRAM PERKHEMAHAN ANAK BESTARI


Bertempat: KEM RIMBA TAMU, BATANG KALI
Tarikh: 12-13 Disember 2009
Anjuran Persekutuan Seruan Islam Selangor Dan W.Persekutuan
YURAN PENYERTAAN
RM 25 (anak ahli)
RM 40 (bukan anak ahli)
Sebarang Pendaftaran atau Pertanyaan Hubungi
Sudirman 012 252 4549
Dahlan 013 324 9376
Azrie 017 225 8601
Rashid 019 208 8775

Read more...

PERTANDINGAN BOLA KERANJANG


Read more...

LIGA FUTSAL BELIA KEBANGSAAN 2009/2010

Read more...

BENGKEL PENGURUSAN KELAB RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SELANGOR







Read more...

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL RAKAN MUDA SEKTOR PERBANDARAN

Read more...

Program Cuti Sekolah

KUALA LUMPUR, 2 Nov. - Masjid Negara akan menganjurkan Program Berkhitan Beramai-Ramai sempena cuti persekolahan bagi tahun 2009 di Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada 22 November 2009 (Ahad). Program ini merupakan kerjasama di antara Unit Khidmat Sosial, Masjid Negara dan Rumah Khitan Sdn. Bhd. yang akan menggunakan Kaedah Smart Klamp.

Pada tahun-tahun sebelum ini, kebanyakan peserta terdiri daripada Pelajar sekolah sekitar Lembah Klang diraikan dalam Majlis Program Berkhitan beramai-ramai di Masjid Negara. Program tahunan ini telah bermula sejak tahun 1993 dianjurkan oleh pihak Masjid Negara sempena musim cuti persekolahan. Kesemua kanak-kanak yang terlibat dalam Program itu berusia antara 6 tahun sehingga 12 tahun. Program ini diadakan bagi merapatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan di kalangan masyarakat luar dengan kaki tangan masjid seperti yang dituntut oleh Islam selain penganjuran program ini juga bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang mahukan setiap umatnya memilik kualiti kesihatan yang terbaik di kalangan masyarakat. Selain itu juga, ianya bertujuan untuk meningkatkan fahaman Islam terhadap anak-anak kecil terutamanya kepentingan berkhitan seperti yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Kanak-kanak yang telah berkhitan akan merasakan diri mereka berbeza daripada kanak-kanak kecil yang lain. Ini kerana amalan berkhitan adalah salah satu agenda dalam kehidupan menuju ke alam dewasa.

Penganjuran program ini juga untuk membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa memandangkan kos berkhitan yang kini agak mahal sehingga mencecah RM 200 seorang. Bagi Program ini, bayaran yang dikenakan kepada peserta hanya RM150 sahaja bagi seorang.

Mengenai kaedah atau teknik Smart Klamp pula ianya merupakan satu teknik berkhitan / bersunat yang cepat, mudah dan selamat. Dengan teknik ini, 5 orang kanak-kanak dapat dikhitankan setiap jam oleh seorang doctor yang terlatih. Dengan 10 orang doctor, 200 kanak-kanak dapat dikhitankan dalam masa 4 jam berbanding 8 jam dengan cara jahitan. Prosedur Smart Klamp boleh dijalankan hampir dimana-mana sahaja kerana ia amat ringkas, bersih dan teratur. Selain penggunaan Smart Klamp telah diterima pakai oleh lebih 200 klinik di seluruh Malaysia, ianya juga merupakan teknik yang mudah dikendalikan oleh doctor, tanpa jahitan dan mudah di jaga. Sehingga kini, lebih 50,000 kanak-kanak telah dikhitan menggunakan teknik ini sejak ia diperkenalkan seawal 2003. Teknik ini merupakan kaedah terbaik untuk pesakit diabetis, hemophilia, kanak-kanak autism dan kanak-kanak hiperaktif.

Keterangan Lanjut sila layari
www.masjidnegara.gov.my

Read more...

CABARAN TARIAN EKSTREME DAN CYBERGAMES RAKAN MUDA

TEMPAT : Plaza Low Yat, Bukit Bintang
TARIKH : 6-8 November 2009

Read more...

PERTANDINGAN CYBERGAMES RAKAN MUDA

ANJURAN : KELAB RAKAN MUDA KLANG
TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA KLANG

Pendaftaran masih dibuka untuk penyertaan.Sekiranya berminat boleh menghubungi Marwan (0129254257)

Read more...

KURSUS PEMANTAPAN KELAB RAKAN MUDA NEGERI SELANGOR


TARIKH : 7hb - 8hb November 2009
TEMPAT : Hotel Gold Course, Klang, Selangor
ANJURAN : Kementerian Belia & Sukan Malaysia

Read more...

AKTIVITI RAKAN MUDA INOVASI

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Aktiviti membuat mural di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya yang dianjurkan oleh pihak PLUS HIGHWAY bertemakan ''SELAMAT DIJALAN''.

Pertandingan ini disertai oleh seluruh Sekolah Menengah di Malaysia.Pertandingan ini dilangsungkan selama satu tahun dimana setiap sekolah perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur PLUS Highway.Antaranya, guru pembimbing perlu menyiapkan essay dan seterusnya apabila essaynya dipilih dan guru perlu membuat mural di sekolah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya,Selangor dipilih kerana essaynya terbaik,dan juga sekolah perlu membuat satu tugasan iaitu megecat mural di dinding dengan kelebaran blok 10 kaki.Sebanyak 50 buah sekolah dipertandingkan.

Read more...

Bengkel Pemantapan Kelab Rakan Muda Peringkat Zon Tengah 2009

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket
Tarikh: 19 - 21 Julai 2009
Bertempat: Hotel Rosa Pasadena Cameron Highlands,Pahang
Anjuran: Kementerian Belia & Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak

Read more...

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan unuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Read more...

Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.

Read more...

PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR



KELAB RAKAN MUDA PARLIMEN PANDAN
Tarikh: 10 September / 20 Ramadhan 1430H (Khamis)
Aktiviti:

  1. Kelas Fardu ain, Ceramah, Takzkirah
  2. Interaksi Rakan Muda Ramadhan
  3. Berbuka Puasa, Solat Terawih, Tadarus Al-Quran

KELAB RAKAN MUDA PARLIMEN SERDANG
Tarikh: 22 Ogos - 20 September / 1 Ramadhan - 30 Ramadhan 1430H
Bertempat: Surau Al-Amin Fasa 7, Taman Cheras Jaya
Aktivit:

  1. Moreh,Majlis berbuka Puasa, Kenduri arwah, Membuat Bubur Lambuk.
  2. Solat Terawih, Bacaan Yassin, Takzkirah, Ceramah, Zakat.
  3. Tadarus Al-Quran Selepas Terawih dan Solat Subuh

Read more...

SYAIR UNTUK BANGSAKU

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

Read more...

ANAK MALAYSIA


































Seramai 5 orang Pendaki Malaysia Berjaya sampai ke puncak Rinjani

Pada 17 Ogos 2008, Satu program yang dianjurkan oleh (SEACF)iaitu '' TRI NATION EXPEDITION MOUNT RINJANI LOMBOK INDONESIA. Program ini disertai seramai 30 orang yang dibawa oleh Persatuan Mendaki Malaysia.

Pendakian gunung ini menghabiskan masa dalam masa 4 hari. Sepanjang perjalanan tersebut, banyak suasana menarik yang tidak dapat peroleh di tanah air. Agak tidak selesa apabila cuaca bercampur sejuk dengan panas. Setelah 2 hari dengan pendakian,Ramai yang kesakitan dan tidak dapat menahan keadaan cuaca.

Akhirnya mereka terpaksa direhatkan di basecamp. Kemudiannya kami teruskan pendakian menuju ke puncak Rinjani dengan ketinggian 3526''.Selama 8 jam berlalu dengan jarak 200 meter kami mengharungi,akhirnya berjaya juga jejaki dengan ketinggian 3726'. Akhir kata SALAM KEMERDEKAAN, SATU MALAYSIA:)

Read more...

REAL ONE MALAYSIA FUN WEEKEND


Pada 8 & 9 ogos 2009 lalu, Kelab rakan muda serdang dan Kelab Rakan Muda hululangat dengan jumlah seramai 10 orang telah mengikuti program Real One Malaysia Fun Weekend. Program ini dilangsungkan selama dua hari dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dilangsungkan di dalam stadium putra bukit jalil antaranya permainan kanak - kanak, jualan pakaian, dan juga persembahan dari JUMP.

Read more...

ANUGERAH REMAJA PERDANA (ARP)

APA ITU ARPRM ???

Program Anugerah Remaja Perdana telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2001. Program ini mengambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Ianya adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul. Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14-25 tahun.Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian’s Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan berbagai-bagai lagi nama yang telah diberi mengikut kesesuaian negara masing-masing. Apabila program ini diperkenalkan di Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Kementerian Belia dan Sukan bertindak sebagai Badan Berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.





GANGSA -14 TAHUN KE ATAS

Khidmat Masyarakat

Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Kemahiran Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Penjelajahan dan Ekspedisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 12 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 6 jam sehari)
Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 3 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

PERAK -16 TAHUN KE ATAS

Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 21 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 7 jam sehari)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

EMAS – 17 TAHUN KE ATAS

Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 32 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 8 jam sehari)

Projek Penempatan
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan peserta dalam aktiviti berfaedah bersama dengan masyarakat yang dipilih(melakukan aktiviti pilihan yang berfaedah untuk masyarakat setempat secara berkumpulan selama 5 hari 4 malam berturut-turut)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

Read more...



Kempen “Satu Suara” Satu Komuniti Satu Persatuan merupakan satu inisiatif kerajaan dalam mengawal selia semua aktiviti dalam perkembangan golongan belia dengan hasrat dan matlamat seperti berikut :




  • Meningkatkan penyertaan belia dalam persatuan belia.
  • Mengaktifkan persatuan belia yang ada.
  • Menubuhkan pelbagai persatuan baru yang dinamik dan bervariasi serta memenuhi citarasa belia masa kini.
  • Memperkasa program pembangunan golongan belia dengan mengadakan pelbagai bentuk pengisian ke arah melahirkan generasi baru yang glokal.
  • Mendekati golongan belia dan mendengar pandangan serta permasalahan mereka.
  • Menukar persepsi umum terhadap imej BELIA dan PERSATUAN di Malaysia.
  • Melahirkan generasi baru, belia Malaysia yang bersatu di dalam struktur organisasi yang dinamik.
  • Melahirkan golongan belia yang menjadi pendokong kepada kepimpinan negara

Read more...
Pelawat ke

Dikemaskini pada 24 March 2010 04.56am

MULTIMEDIA

Hak Cipta Terpelihara Kelab Rakan Muda Serdang 2009

Kembali keLaman Utama