Terima kasih kerana lawati blog krm kami ini.Tiada artikel, gambar atau apa-apa sahaja di dalam blog ini dibenarkan untuk disalin, diterbitkan semula, diedar atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk pun sama ada melalui kaedah percetakan, melalui penggunaan kamera & perakam video, atau melalui apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan daripada penulis blog terlebih dahulu.Untuk paparan terbaik gunakan Mozilla Firefox.

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan unuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Read more...

Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.

Read more...

PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR



KELAB RAKAN MUDA PARLIMEN PANDAN
Tarikh: 10 September / 20 Ramadhan 1430H (Khamis)
Aktiviti:

  1. Kelas Fardu ain, Ceramah, Takzkirah
  2. Interaksi Rakan Muda Ramadhan
  3. Berbuka Puasa, Solat Terawih, Tadarus Al-Quran

KELAB RAKAN MUDA PARLIMEN SERDANG
Tarikh: 22 Ogos - 20 September / 1 Ramadhan - 30 Ramadhan 1430H
Bertempat: Surau Al-Amin Fasa 7, Taman Cheras Jaya
Aktivit:

  1. Moreh,Majlis berbuka Puasa, Kenduri arwah, Membuat Bubur Lambuk.
  2. Solat Terawih, Bacaan Yassin, Takzkirah, Ceramah, Zakat.
  3. Tadarus Al-Quran Selepas Terawih dan Solat Subuh

Read more...

SYAIR UNTUK BANGSAKU

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

Read more...

ANAK MALAYSIA


































Seramai 5 orang Pendaki Malaysia Berjaya sampai ke puncak Rinjani

Pada 17 Ogos 2008, Satu program yang dianjurkan oleh (SEACF)iaitu '' TRI NATION EXPEDITION MOUNT RINJANI LOMBOK INDONESIA. Program ini disertai seramai 30 orang yang dibawa oleh Persatuan Mendaki Malaysia.

Pendakian gunung ini menghabiskan masa dalam masa 4 hari. Sepanjang perjalanan tersebut, banyak suasana menarik yang tidak dapat peroleh di tanah air. Agak tidak selesa apabila cuaca bercampur sejuk dengan panas. Setelah 2 hari dengan pendakian,Ramai yang kesakitan dan tidak dapat menahan keadaan cuaca.

Akhirnya mereka terpaksa direhatkan di basecamp. Kemudiannya kami teruskan pendakian menuju ke puncak Rinjani dengan ketinggian 3526''.Selama 8 jam berlalu dengan jarak 200 meter kami mengharungi,akhirnya berjaya juga jejaki dengan ketinggian 3726'. Akhir kata SALAM KEMERDEKAAN, SATU MALAYSIA:)

Read more...

REAL ONE MALAYSIA FUN WEEKEND


Pada 8 & 9 ogos 2009 lalu, Kelab rakan muda serdang dan Kelab Rakan Muda hululangat dengan jumlah seramai 10 orang telah mengikuti program Real One Malaysia Fun Weekend. Program ini dilangsungkan selama dua hari dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dilangsungkan di dalam stadium putra bukit jalil antaranya permainan kanak - kanak, jualan pakaian, dan juga persembahan dari JUMP.

Read more...
Pelawat ke

Dikemaskini pada 24 March 2010 04.56am

MULTIMEDIA

Hak Cipta Terpelihara Kelab Rakan Muda Serdang 2009

Kembali keLaman Utama