Terima kasih kerana lawati blog krm kami ini.Tiada artikel, gambar atau apa-apa sahaja di dalam blog ini dibenarkan untuk disalin, diterbitkan semula, diedar atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk pun sama ada melalui kaedah percetakan, melalui penggunaan kamera & perakam video, atau melalui apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan daripada penulis blog terlebih dahulu.Untuk paparan terbaik gunakan Mozilla Firefox.

Program Cuti Sekolah

KUALA LUMPUR, 2 Nov. - Masjid Negara akan menganjurkan Program Berkhitan Beramai-Ramai sempena cuti persekolahan bagi tahun 2009 di Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada 22 November 2009 (Ahad). Program ini merupakan kerjasama di antara Unit Khidmat Sosial, Masjid Negara dan Rumah Khitan Sdn. Bhd. yang akan menggunakan Kaedah Smart Klamp.

Pada tahun-tahun sebelum ini, kebanyakan peserta terdiri daripada Pelajar sekolah sekitar Lembah Klang diraikan dalam Majlis Program Berkhitan beramai-ramai di Masjid Negara. Program tahunan ini telah bermula sejak tahun 1993 dianjurkan oleh pihak Masjid Negara sempena musim cuti persekolahan. Kesemua kanak-kanak yang terlibat dalam Program itu berusia antara 6 tahun sehingga 12 tahun. Program ini diadakan bagi merapatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan di kalangan masyarakat luar dengan kaki tangan masjid seperti yang dituntut oleh Islam selain penganjuran program ini juga bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang mahukan setiap umatnya memilik kualiti kesihatan yang terbaik di kalangan masyarakat. Selain itu juga, ianya bertujuan untuk meningkatkan fahaman Islam terhadap anak-anak kecil terutamanya kepentingan berkhitan seperti yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Kanak-kanak yang telah berkhitan akan merasakan diri mereka berbeza daripada kanak-kanak kecil yang lain. Ini kerana amalan berkhitan adalah salah satu agenda dalam kehidupan menuju ke alam dewasa.

Penganjuran program ini juga untuk membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa memandangkan kos berkhitan yang kini agak mahal sehingga mencecah RM 200 seorang. Bagi Program ini, bayaran yang dikenakan kepada peserta hanya RM150 sahaja bagi seorang.

Mengenai kaedah atau teknik Smart Klamp pula ianya merupakan satu teknik berkhitan / bersunat yang cepat, mudah dan selamat. Dengan teknik ini, 5 orang kanak-kanak dapat dikhitankan setiap jam oleh seorang doctor yang terlatih. Dengan 10 orang doctor, 200 kanak-kanak dapat dikhitankan dalam masa 4 jam berbanding 8 jam dengan cara jahitan. Prosedur Smart Klamp boleh dijalankan hampir dimana-mana sahaja kerana ia amat ringkas, bersih dan teratur. Selain penggunaan Smart Klamp telah diterima pakai oleh lebih 200 klinik di seluruh Malaysia, ianya juga merupakan teknik yang mudah dikendalikan oleh doctor, tanpa jahitan dan mudah di jaga. Sehingga kini, lebih 50,000 kanak-kanak telah dikhitan menggunakan teknik ini sejak ia diperkenalkan seawal 2003. Teknik ini merupakan kaedah terbaik untuk pesakit diabetis, hemophilia, kanak-kanak autism dan kanak-kanak hiperaktif.

Keterangan Lanjut sila layari
www.masjidnegara.gov.my

Read more...
Pelawat ke

Dikemaskini pada 24 March 2010 04.56am

MULTIMEDIA

Hak Cipta Terpelihara Kelab Rakan Muda Serdang 2009

Kembali keLaman Utama