Terima kasih kerana lawati blog krm kami ini.Tiada artikel, gambar atau apa-apa sahaja di dalam blog ini dibenarkan untuk disalin, diterbitkan semula, diedar atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk pun sama ada melalui kaedah percetakan, melalui penggunaan kamera & perakam video, atau melalui apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan daripada penulis blog terlebih dahulu.Untuk paparan terbaik gunakan Mozilla Firefox.

KARNIVAL REMAJA RAKAN MUDA 2010


Read more...

KARNIVAL 1 MALAYSIA


ANJURAN : JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR
TEMPAT : PUSAT BANDAR TAMAN CHERAS JAYA, BALAKONG
TARIKH : 26 - 28 MAC 2010

Read more...

MPKJ FUN RACE 2010


ANJURAN : PERSATUAN KEMBARA NEGARA
TARIKH : 4 APRIL 2010
TEMPAT : TAMAN TASIK CEMPAKA, BANDAR BARU BANGI

MPKj Fun Race 2010 merupakan pertandingan berpasukan yang berkonsepkan “explore race” yang menggabungkan pelbagai cabaran dan ujian (task) untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Setiap pasukan akan diberikan peta asas yang telah dilengkapi lokasi tempat ujian (Check Point) dan Kad Kawalan (Control Card). Setiap pasukan akan merangka strategi kumpulan masing-masing untuk sampai ke setiap “check point” untuk menyelesaikan cabaran atau ujian (task) yang akan diberikan di bawah masa (cut-off time) yang telah ditetapkan. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah pungutan markah tertinggi.

Kategori Kumpulan
2 orang sepasukan untuk kategori Terbuka dan IPTA/IPTS.
4 orang sepasukan untuk kategori Kakitangan MPKj dan MPP
*setiap peserta wanita di dalam pasukan akan diberikan potongan masa 5 minit daripada masa keseluruhan

KATEGORI TERBUKA

pertama : RM2000
kedua : RM 1000
ketiga : RM 750
keempat : RM 400
kelima : RM 250
ke 6 -10 : SAGUHATI

KATEGORI IPT

pertama : RM 1500
kedua : RM 900
ketiga : RM 600
keempat : RM 300
kelima : RM 200
ke 6 - 10 : SAGUHATI

untuk keterangan lanjut sila hubungi:
afnal (012-2022644)
mat (017-3582359)

Borang penyertaan boleh didapati di lawan web www.kembaranegara.net

Read more...

KEPUTUSAN SPM '09 (11 MARCH 2010)

Selamat Berjaya kepada semua pelajar lepasan SPM 09. Terimalah keputusan dengan hati terbuka.

Read more...

PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA SERDANG


Pemberitahuan bahawa Pusat Kegiatan Kelab Rakan Muda Serdang hampir siap sepenuhnya.Dijangka mula operasi pada April depan.
Kepada ahli-ahli yang berdaftar, jika kelapangan masa boleh turut bersama dengan kami untuk membersih dan menghias bilik.
Pusat Kegiatan ini terdapatnya Ruang komputer,Bilik mesyuarat, Ruang untuk melakukan tarian dan sebagainya untuk digunakan oleh ahli-ahli Kelab Rakan Muda Serdang sahaja.

Read more...

KAD KEAHLIAN RAKAN MUDA

Maklumat lanjut layari www.2-u.com.my

Read more...

GERAKAN KLFT COMMUNITY BADMINTON CHAMPIONSHIP 2010

Klik pada gambar

Read more...

BORANG PENDAFTARAN AHLI CRIME AWARENESS TEAM (CAT)

Klik sini untuk muat turun borang

Read more...

BORANG PENDAFTARAN SKUAD MUDA RELA


Klik pada gambar

Read more...

BENGKEL PEMANTAPAN KELAB RAKAN MUDA DAERAH HULU LANGAT

Read more...

PEMIMPIN BELIA WAJIB BAWAH 40 TAHUN

MELAKA - Semua persatuan belia di negara ini diminta merealisasikan segera peralihan pemimpin baru kepada belia berusia bawah 40 tahun sebelum akhir tahun ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, peralihan itu sejajar dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia Negara 2007 di mana setiap anggota dan pemimpin belia yang dilantik memegang jawatan diwajibkan berusia bawah 40 tahun. "Saya mengharapkan sepenuhnya semua persatuan belia benar-benar dapat merealisasikan hasrat Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia Negara yang baru itu sebelum penghujung tahun ini. "Melaksanakannya bukan perkara yang baru kerana kita mesti sejajar dengan definisi belia dunia. Kalau di peringkat dunia mereka menganggap belia itu berusia bawah 35 tahun tetapi kita agak berlembut dan tetapkan usia 40 tahun ke bawah," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun ke-60 World Assembly of Youth (WAY) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.

SUMBER ROY

Read more...

REMAJA DAN PENYALAHGUNAAN TELEFON BIMBIT

Penyalahgunaan telefon bimbit adalah masalah dikalangan remaja zaman sekarang. Contoh-contoh penyalahgunaan telefon bimbit di kalangan remaja adalah merakamkan aksi teman-teman,yang adakalanya boleh dianggap lucah. Setelah itu, rakaman itu diedarkan di laman web. Mereka juga boleh menggunakan telefon bimbit berkamera untuk mangambil gambar seseorang yang dalam keadaan yang boleh menimbulkan rasa malu atau mencemarkan nama baik orang itu.


Penyalahgunaan ini boleh diadukan kepada pihak berkuasa kerana dianggap telah mencabul kehormatan individu terlibat. Pelajar yang melakukan perkara buruk ini harus dikenakan tindakan disiplin dan malah boleh dikenakan rekod jenayah kerana telah menyalahgunakan teknologi dan mencabul kehormatan.


Langkah-langkah proaktif (pencegahan) yang boleh diambil bagi remaja supaya mereka tidak menyalahgunakan telefon bimbit adalah pertama remaja sendiri harus mengetahui bahawa mereka membuat kesalahan supaya mereka boleh berhenti. Kedua, ibubapa juga ada peranan dalam usaha untuk mencegah masalah ini. Mereka harus rajin memeriksa isi telefon bimbit dan jika isi mengandungi bahan-bahan yang kurang menyenangkan, boleh ibubapa menasihati anak remaja mereka supaya jangan mengulanginya kerana itu adalah sebuah kesalahan. Ketiga, pihak sekolah harus mengambil tindakan yang tegas atas pada pelajar yang menyalahgunakan telefon bimbit berkamera.


Langkah-langkah proaktif penting kerana ia boleh mengelakkan banyak kes penyalahgunaan telefon bimbit.

SUMBER DARIPADA 2-U

Read more...

HARI THAIPUSAM


Selamat Menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu yang menyambutnya pada 30 Januari 2010.

Read more...

Blogmaster

Harap Maaf

BLOG INI SEDANG DALAM PENGUBAHSUAIAN

Read more...
Pelawat ke

Dikemaskini pada 24 March 2010 04.56am

MULTIMEDIA

Hak Cipta Terpelihara Kelab Rakan Muda Serdang 2009

Kembali keLaman Utama