Terima kasih kerana lawati blog krm kami ini.Tiada artikel, gambar atau apa-apa sahaja di dalam blog ini dibenarkan untuk disalin, diterbitkan semula, diedar atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk pun sama ada melalui kaedah percetakan, melalui penggunaan kamera & perakam video, atau melalui apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan daripada penulis blog terlebih dahulu.Untuk paparan terbaik gunakan Mozilla Firefox.

ANUGERAH REMAJA PERDANA (ARP)

APA ITU ARPRM ???

Program Anugerah Remaja Perdana telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2001. Program ini mengambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Ianya adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul. Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14-25 tahun.Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian’s Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan berbagai-bagai lagi nama yang telah diberi mengikut kesesuaian negara masing-masing. Apabila program ini diperkenalkan di Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Kementerian Belia dan Sukan bertindak sebagai Badan Berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.





GANGSA -14 TAHUN KE ATAS

Khidmat Masyarakat

Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Kemahiran Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Penjelajahan dan Ekspedisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 12 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 6 jam sehari)
Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 3 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

PERAK -16 TAHUN KE ATAS

Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 21 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 7 jam sehari)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

EMAS – 17 TAHUN KE ATAS

Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 32 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 8 jam sehari)

Projek Penempatan
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan peserta dalam aktiviti berfaedah bersama dengan masyarakat yang dipilih(melakukan aktiviti pilihan yang berfaedah untuk masyarakat setempat secara berkumpulan selama 5 hari 4 malam berturut-turut)

Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran

Read more...



Kempen “Satu Suara” Satu Komuniti Satu Persatuan merupakan satu inisiatif kerajaan dalam mengawal selia semua aktiviti dalam perkembangan golongan belia dengan hasrat dan matlamat seperti berikut :




  • Meningkatkan penyertaan belia dalam persatuan belia.
  • Mengaktifkan persatuan belia yang ada.
  • Menubuhkan pelbagai persatuan baru yang dinamik dan bervariasi serta memenuhi citarasa belia masa kini.
  • Memperkasa program pembangunan golongan belia dengan mengadakan pelbagai bentuk pengisian ke arah melahirkan generasi baru yang glokal.
  • Mendekati golongan belia dan mendengar pandangan serta permasalahan mereka.
  • Menukar persepsi umum terhadap imej BELIA dan PERSATUAN di Malaysia.
  • Melahirkan generasi baru, belia Malaysia yang bersatu di dalam struktur organisasi yang dinamik.
  • Melahirkan golongan belia yang menjadi pendokong kepada kepimpinan negara

Read more...
Pelawat ke

Dikemaskini pada 24 March 2010 04.56am

MULTIMEDIA

Hak Cipta Terpelihara Kelab Rakan Muda Serdang 2009

Kembali keLaman Utama