Bengkel Pemantapan Kelab Rakan Muda Peringkat Zon Tengah 2009





Bertempat: Hotel Rosa Pasadena Cameron Highlands,Pahang
Anjuran: Kementerian Belia & Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak






Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan unuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.
KELAB RAKAN MUDA PARLIMEN PANDAN
Tarikh: 10 September / 20 Ramadhan 1430H (Khamis)
Aktiviti:
KELAB RAKAN MUDA PARLIMEN SERDANG
Tarikh: 22 Ogos - 20 September / 1 Ramadhan - 30 Ramadhan 1430H
Bertempat: Surau Al-Amin Fasa 7, Taman Cheras Jaya
Aktivit:
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai







Seramai 5 orang Pendaki Malaysia Berjaya sampai ke puncak Rinjani

Pada 8 & 9 ogos 2009 lalu, Kelab rakan muda serdang dan Kelab Rakan Muda hululangat dengan jumlah seramai 10 orang telah mengikuti program Real One Malaysia Fun Weekend. Program ini dilangsungkan selama dua hari dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dilangsungkan di dalam stadium putra bukit jalil antaranya permainan kanak - kanak, jualan pakaian, dan juga persembahan dari JUMP.
Read more...
- BUKIT BELIMBING
- DESA BAIDURI
- CHERAS JAYA
- IMPIAN EHSAN
- TAMING JAYA
- SRI INDAH
- DESASERDANG
- SERDANG LAMA
- SERDANG RAYA
- TAMAN BUKIT SERDANG
- TAMAN SUTERA
- CHERAS PERDANA
- BANDAR TUN HUSSEIN ONN
Kembali keLaman Utama