KARNIVAL 1 MALAYSIA
MPKJ FUN RACE 2010
Kategori Kumpulan
2 orang sepasukan untuk kategori Terbuka dan IPTA/IPTS.
4 orang sepasukan untuk kategori Kakitangan MPKj dan MPP
*setiap peserta wanita di dalam pasukan akan diberikan potongan masa 5 minit daripada masa keseluruhan
KATEGORI TERBUKA
pertama : RM2000
kedua : RM 1000
ketiga : RM 750
keempat : RM 400
kelima : RM 250
ke 6 -10 : SAGUHATI
KATEGORI IPT
pertama : RM 1500
kedua : RM 900
ketiga : RM 600
keempat : RM 300
kelima : RM 200
ke 6 - 10 : SAGUHATI
untuk keterangan lanjut sila hubungi:
afnal (012-2022644)
mat (017-3582359)
Borang penyertaan boleh didapati di lawan web www.kembaranegara.net
KEPUTUSAN SPM '09 (11 MARCH 2010)
Selamat Berjaya kepada semua pelajar lepasan SPM 09. Terimalah keputusan dengan hati terbuka.
Read more...PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA SERDANG
KAD KEAHLIAN RAKAN MUDA
GERAKAN KLFT COMMUNITY BADMINTON CHAMPIONSHIP 2010
PEMIMPIN BELIA WAJIB BAWAH 40 TAHUN
MELAKA - Semua persatuan belia di negara ini diminta merealisasikan segera peralihan pemimpin baru kepada belia berusia bawah 40 tahun sebelum akhir tahun ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, peralihan itu sejajar dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia Negara 2007 di mana setiap anggota dan pemimpin belia yang dilantik memegang jawatan diwajibkan berusia bawah 40 tahun. "Saya mengharapkan sepenuhnya semua persatuan belia benar-benar dapat merealisasikan hasrat Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia Negara yang baru itu sebelum penghujung tahun ini. "Melaksanakannya bukan perkara yang baru kerana kita mesti sejajar dengan definisi belia dunia. Kalau di peringkat dunia mereka menganggap belia itu berusia bawah 35 tahun tetapi kita agak berlembut dan tetapkan usia 40 tahun ke bawah," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun ke-60 World Assembly of Youth (WAY) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.
SUMBER ROY
REMAJA DAN PENYALAHGUNAAN TELEFON BIMBIT
Penyalahgunaan telefon bimbit adalah masalah dikalangan remaja zaman sekarang. Contoh-contoh penyalahgunaan telefon bimbit di kalangan remaja adalah merakamkan aksi teman-teman,yang adakalanya boleh dianggap lucah. Setelah itu, rakaman itu diedarkan di laman web. Mereka juga boleh menggunakan telefon bimbit berkamera untuk mangambil gambar seseorang yang dalam keadaan yang boleh menimbulkan rasa malu atau mencemarkan nama baik orang itu.
Penyalahgunaan ini boleh diadukan kepada pihak berkuasa kerana dianggap telah mencabul kehormatan individu terlibat. Pelajar yang melakukan perkara buruk ini harus dikenakan tindakan disiplin dan malah boleh dikenakan rekod jenayah kerana telah menyalahgunakan teknologi dan mencabul kehormatan.
Langkah-langkah proaktif (pencegahan) yang boleh diambil bagi remaja supaya mereka tidak menyalahgunakan telefon bimbit adalah pertama remaja sendiri harus mengetahui bahawa mereka membuat kesalahan supaya mereka boleh berhenti. Kedua, ibubapa juga ada peranan dalam usaha untuk mencegah masalah ini. Mereka harus rajin memeriksa isi telefon bimbit dan jika isi mengandungi bahan-bahan yang kurang menyenangkan, boleh ibubapa menasihati anak remaja mereka supaya jangan mengulanginya kerana itu adalah sebuah kesalahan. Ketiga, pihak sekolah harus mengambil tindakan yang tegas atas pada pelajar yang menyalahgunakan telefon bimbit berkamera.
Langkah-langkah proaktif penting kerana ia boleh mengelakkan banyak kes penyalahgunaan telefon bimbit.
SUMBER DARIPADA 2-U
HARI THAIPUSAM
Selamat Menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu yang menyambutnya pada 30 Januari 2010.
Blogmaster
Harap Maaf
BLOG INI SEDANG DALAM PENGUBAHSUAIAN