Terima kasih kerana lawati blog krm kami ini.Tiada artikel, gambar atau apa-apa sahaja di dalam blog ini dibenarkan untuk disalin, diterbitkan semula, diedar atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk pun sama ada melalui kaedah percetakan, melalui penggunaan kamera & perakam video, atau melalui apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan daripada penulis blog terlebih dahulu.Untuk paparan terbaik gunakan Mozilla Firefox.

REMAJA DAN PENYALAHGUNAAN TELEFON BIMBIT

Penyalahgunaan telefon bimbit adalah masalah dikalangan remaja zaman sekarang. Contoh-contoh penyalahgunaan telefon bimbit di kalangan remaja adalah merakamkan aksi teman-teman,yang adakalanya boleh dianggap lucah. Setelah itu, rakaman itu diedarkan di laman web. Mereka juga boleh menggunakan telefon bimbit berkamera untuk mangambil gambar seseorang yang dalam keadaan yang boleh menimbulkan rasa malu atau mencemarkan nama baik orang itu.


Penyalahgunaan ini boleh diadukan kepada pihak berkuasa kerana dianggap telah mencabul kehormatan individu terlibat. Pelajar yang melakukan perkara buruk ini harus dikenakan tindakan disiplin dan malah boleh dikenakan rekod jenayah kerana telah menyalahgunakan teknologi dan mencabul kehormatan.


Langkah-langkah proaktif (pencegahan) yang boleh diambil bagi remaja supaya mereka tidak menyalahgunakan telefon bimbit adalah pertama remaja sendiri harus mengetahui bahawa mereka membuat kesalahan supaya mereka boleh berhenti. Kedua, ibubapa juga ada peranan dalam usaha untuk mencegah masalah ini. Mereka harus rajin memeriksa isi telefon bimbit dan jika isi mengandungi bahan-bahan yang kurang menyenangkan, boleh ibubapa menasihati anak remaja mereka supaya jangan mengulanginya kerana itu adalah sebuah kesalahan. Ketiga, pihak sekolah harus mengambil tindakan yang tegas atas pada pelajar yang menyalahgunakan telefon bimbit berkamera.


Langkah-langkah proaktif penting kerana ia boleh mengelakkan banyak kes penyalahgunaan telefon bimbit.

SUMBER DARIPADA 2-U

Pelawat ke

Dikemaskini pada 24 March 2010 04.56am

MULTIMEDIA

Hak Cipta Terpelihara Kelab Rakan Muda Serdang 2009

Kembali keLaman Utama